Dengar dan hayati :)

Friday, December 31, 2010

Azam tahun baru :D

2010 I'm gonna miss you :(
it's hard to say good bye but I had to!
say welcome to 2011 :)

Memandangkan berlalunya 2010 maka bermulalah tahun baru iaitu 2011
dan dengan semangat tahun baru ni aku dah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh sebab nak SPM Ya ALLAH cepatnya masa berputar.

Azam aku ialah nak DEACTIVATE FACEBOOK mungkin hampir setahun SPM punya pasal
so dengan ini saya Nur Adibah ingin mengutuskan bahawa mulai saat ini tiada lagi keseronokkan bersama FB dan yg lain2 huwaa sedih je dan dengan ini saya Nur Adibah ingin meminta maaf kepada anda,anda dan anda jika ada buat salah dan silap yela dah lah nak deactivate FB so tk dapat nak berhubung lagi dah huhu maafkan lah ye ye ? hehe sayang anda :) Doakan supaya saya berjaya dalam SPM nanti INSYA ALLAH dan untuk anda juga yang menjadi mangsa SPM semoga berjaya INSYA ALLAH :)

So jumpa nanti lepas SPM :)


Thursday, December 30, 2010

Take a note girls :)

Sekarang ni kita tengok macam macam fesyen tudung kan?
tapi kalau kita lihat baik baik tengok dan perhatikan dengan teliti adakah menutup aurat?
sama sama kita renungkan :)

Sesungguhnya tudung wanita itu ada tiga.

Pertama, tudung Yahudi,
kedua, tudung Nasara(nasrani) dan
ketiga
tudung muslimat.” “Wahai guruku, jelaskanlah kepadaku kerana aku tidak pernah mendengar hal yang sedemikian,” soal salah seorang pendengar di hadapannya.

Pertama, tudung Yahudi. Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang.

Kedua, tudung Nasara. Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihatan.

Dan yang terakhir tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31 :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Haa dah baca semuanya?anda rasa anda ada di kategori tudung yg pertama dan kedua?
anda rasa anda akan ignore dan menganggap bahawa ini sekadar gurauan?ayuh bertaubatlah anda masih mempunyai peluang sesungguhnya pintu taubat ALLAH kepada hamba2nya sangat luas :)
Insya ALLAH dosa anda akan diampuni oleh ALLAH S.W.T Amin :)

Wednesday, December 29, 2010

Tabiat yang harus ditinggalkan :'(

Aku suka gila tengok drama korea dengan taiwan best ouhh tapikan aku kena tinggalkan tabiat tu sejak aku baca note ni

haa bacalah korang siapa yang ada tabiat macam aku ni
fuhh agak aa nak tinggalkan tabiat ni agak susah kena ikhtiar betul2
dah lah ketagih tengok drama asia ni
nak tinggalkan pon keberatan macam orang merokok lah nak berhenti kemain payah
tapi bila aku baca note tu tengok cerita2 macam tu dikategorikan dosa-dosa kecil
huh sangat berdosa rasanya tapi demi kerana ALLAH aku tinggalkan semua ni
and alhamdulillah aku berjaya tak tengok cerita tu tapi kekadang tu terasa nak tengok pon ada
tapi aku tahan :)

KAWAN ♥

1)kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sanaambik.
10)lagi..... kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.

Ehem ehem...so siapa kat sini kawan saya?

Monday, December 27, 2010

Grr -.-

Macam mana nak letak button like kat blog ni?adeii search kat tenet tapi tak dapat jugak buat pastu tanya Shira pulak haih susah susah.

Eee apalah kau ni diba pasal tu je pon nak kecoh-kecoh =.=
haish bukan nak kecoh lah saje je nak letak tengok org lain letak teringin jugak tak boleh?
sekali sekala nak jugak tengok blog sendiri popular ngeeh ngeeh hee :')

Takpe takpe akan diusahakan Insya Allah boleh haha nanti kalau dah letak gatal2kan lah tangan like eh Haha :D

Girls :)

Hawa....
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadi santapan kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. menjadi mutiara sukar di temukan namun bila di hias indah gadis perawan hilang ia... tangisan mengiringi berzaman..^_^

MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA???

Friday, December 24, 2010

update blog dimalam hari

ouhh malam yang ditemani cahaya lampu rumah kenapa malam ni terasa bosan?takde keja dah berapa kali aku updated status pong bosan jugak haih penyakit ni kalau hari-hari macam ni.

Memandangkan otak dah buntu so aku update blog ni hee saje nak berjinak-jinak sekejap. Seriously miss 16 June 2010 :(
ehh apa tu tetiba miss date tuh haih okay2 akan diterangkan kenapa aku sangat rindu pasal date tu.

16 June 2010 untuk pertama kalinya aku meet Mirza Adila and Nur Asyillah Aisyah. Siapa dorang tuh?haha Mirza Adila - kwan yg hanya kenal kat MYSPACE and boleh jadi rapat sampai jumpa lagi tu haa and Asyillah - kawan sekolah je actually tapi dulu tak rapat kitorg start rapat di MYSPACE haa MYSPACE lagi haha betapa bergunanya myspace ketika dahulu tapi tidak lagi sekarang -.-

Dah tau kan now? good!
gila miss ouh time tu meet orang yang kenal dkt MYSPACE je haa macam caye tk caye je but hope lepas habis SPM nanti boleh jumpa lagi kan you both? :)
Pray for us guys and doakan persahabatan kitorg hingga ke akhir hayat InsyaAllah Amin:) :) :)